Selasa, 17 Oktober 2017
 
   
 
+
 
-
 
:
     
Carian:
  • Melapor Diri / Penggantungan Kontrak / Program TAPS/ Program STAR
  • 1. Bagaimana saya boleh melapor diri?

    Article available only in Malay.

    Saudara/ saudari boleh melapor secara atas talian di capaian yang berikut:

    1. taip http://esilav2.jpa.gov.my
    2. Lihat pada Aplikasi Atas Talian
    3. Klik pada Modul Pemantauan Pelajar
    4. Klik pada Daftar Pengguna Baru
    5. Log-in, Klik ikon Lapor Diri, isi semua maklumat dan klik hantar
  • 2. Adakah lapor diri itu wajib dan siapakah yang dwajibkan melapor diri?

    Article available only in Malay.

    Lapor diri adalah diwajibkan kepada semua pelajar tajaan JPA dan tiada pengecualian.

  • 3. Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan semasa melapor diri?

    Dokumen- dokumen yang diperlukan semasa melapor diri atas talian adalah :-

    • Salinan Ijazah/ Surat Pengesahan Senat Tamat Belajar;
    • Salinan transkrip peperiksaan; dan
    • Bukti permohonan pekerjaan dengan Pihak Berkuasa Melantik Persekutuan (contoh: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam)
  • 4. Apa yang perlu saya lakukan sekiranya dokumen yang diperlukan tidak lengkap?

    Dokumen yang hendak dihantar perlulah lengkap dan sekiranya tidak, saudara/saudari perlu menghubungi Unit Pasca Pengajian untuk makluman pihak kami dengan segera.

  • 5. Adakah dokumen saya akan diproses sekiranya terdapat dokumen yang tidak lengkap?

    Tidak. Hanya dokumen lengkap sahaja yang akan diproses.

  • 6. Bilakah sepatutnya saya melapor diri?

    Pelajar-pelajar adalah diwajibkan untuk melapor diri di Jabatan ini dalam tempoh 30 hari dari tarikh tamat tajaan/ pengajian, mana-mana yang terdahulu.

  • 7. Adakah saya perlu melapor diri juga sekiranya saya GAGAL dan diberhentikan oleh pihak universiti?

    Saudara/ saudari perlu juga melaporkan diri di Unit Pasca Pengajian dan proses juga sama seperti mereka yang tamat dengan jayanya.

  • 8. Apakah yang perlu saya lakukan setelah menghantar semua dokumen lapor diri?

    Setelah saudara/ saudari menghantar dokumen yang lengkap, saudara/ saudari perlu menunggu panggilan temuduga atau peperiksaan daripada pihak SPA.

  • 9. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak JPA sekiranya saya enggan melapor diri?

    Saudara/ saudari boleh dikenakan tindakan gantirugi kerana melanggar kontrak/ perjanjian yang telah ditandatangani iaitu dengan membayar semula segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan secara lump sum ( sekaligus ) kepada pihak kerajaan.

  • 10. Jika saya mendapat tawaran untuk melanjutnya pelajaran ke peringkat lebih tinggi, apa yang perlu saya lakukan?

    Saudara/Saudari perlu menghantar Borang Permohonan Penggantungan Kontrak (J5) yang boleh didapati di laman sesawang http://esilav2.jpa.gov.my/.
    Saudara/Saudari juga perlu mengemukakan dokumen seperti berikut:

    • Surat tawaran daripada universiti; dan
    • Surat penajaan (Jika ada)

    Proses ini dipanggil sebagai penggantungan kontrak. Saudara/Saudari perlu melapor diri tamat pengajian dengan lengkap terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan tersebut. Sebarang pertanyaan lanjut tentang penggantungan kontrak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, boleh terus berhubung melalui maklumat yang diberikan di Borang J5.

  • 11. Apa itu Program TAPS?

    Program TAPS (Talent Acceleration In Public Service) adalah satu program melatih dan mengembangkan bakat pelajar-pelajar tajaan JPA yang cemerlang ke dalam perkhidmatan awam.

  • 12. Bagaimana saya boleh memohon untuk TAPS?

    JPA akan memilih pelajar untuk menyertai TAPS berdasarkan kecemerlangan akademik pelajar tersebut. Calon yang berjaya akan dihubungi Jabatan ini bagi mengikuti Program SAC (Student Assesment). Calon yang berjaya semasa mengikuti Program SAC akan ditawarkan tempat di dalam sektor awam selama 2 tahun. Sebarang makluman lanjut, saudara/saudari boleh layari laman web http://www.rsog.com.my.

  • 13. Apa itu Program STAR?

    Program STAR (Scholarship Talent Attraction And Retention) adalah satu program yang membenarkan pelajar tajaan JPA bekerja dengan syarikat sawasta yang terpilih memacu usaha Program Transformasi Kerajaan (GTP). Program ini adalah satu inisiatif bagi membolehkan pelajar tajaan JPA memenuhi syarat berkhidmat.

  • 14. Bila boleh saya menyertai Program STAR?

    Saudara/saudari boleh menyertai Program STAR hanya apabila saudara/saudari telah melapor diri ke Jabatan ini dan telah memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan dengan SPA yang mana terkemudian. Saudara/saudari boleh mengakses www.star.talentcorp.com.my untuk makluman lanjut.

  • 15. Sekiranya saya merupakan pelajar tahun akhir, bolehkah saya menyertai program STAR?

    Tidak. Program STAR hanya boleh disertai oleh pelajar tajaan JPA yang telah melapor diri dan mendaftar dengan SPA sahaja.

  • 16. Sekiranya saya mendapat pekerjaan di bawah Program STAR, apa yang perlu saya buat?

    Saudara/saudari akan mendapat Surat Arahan Berkhidmat daripada JPA. Saudara/saudari perlu memberi maklum balas dengan mengemukakan surat akuan terima dan borang JPA/BMI/JANJI/J3 ke Jabatan ini.

  • 17. Apakah tindakan yang akan diambil oleh pihak JPA sekiranya saya tidak mengemukakan surat akuan terima dan borang JPA/BMI/JANJI/J3 ke JPA?

    Saudara/saudari akan mendapat Surat Peringatan untuk mengemukakan semua dokumen tersebut ke JPA. Sekiranya gagal, saudara/saudari boleh dikenakan tindakan gantirugi kerana melanggar kontrak/ perjanjian yang telah ditandatangani iaitu dengan membayar semula segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan secara lump sum ( sekaligus ) kepada pihak kerajaan.

  • 18. Adakah saya wajib menyertai Program STAR?

    Anda wajib untuk mendaftar dengan Program STAR sebaik sahaja tamat tempoh 3 bulan anda melapor diri atau mendaftar dengan SPA, yang mana terkemudian.

  • 19. Apakah tindakan JPA Sekiranya saya enggan menyertai program STAR?

    Saudara/saudari akan diberi surat tunjuk sebab dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat mendaftar dengan STAR dikeluarkan. Sekiranya tiada maklum balas daripada saudara/saudari, maka saudara/saudari boleh dikenakan tuntutan ganti rugi kerana enggan berkhidmat dengan agensi yang dipersetujui oleh Kerajaan seperti yang termaktub dalam Kontrak Biasiswa Persekutuan.

  • Semakan Baki Akaun
  • 1. Bagaimana semakan baki pinjaman boleh dibuat?

    Para peminjam boleh menyemak baki pinjaman mereka melalui Laman Web Interaktif JPA. Hanya peminjam yang telah menerima notis tuntutan sahaja yang boleh menyemak penyata akaun.

    Laman Web Interaktif JPA boleh dilawati pada alamat berikut: http://myself.jpa.gov.my/ .

    Sebarang Pertanyaan boleh di emailkan kepada kutipan@jpa.gov.my

  • Pembayaran Balik Pinjaman
  • 1. Bagaimanakah cara untuk membuat bayaran balik pinjaman?

    1. Bayaran Melalui Online

    • Bayaran secara online melalui laman web maybank iaitu: http://www.maybank2u.com.my.
    • Bayaran debit terus (direct debit) secara online daripada akaun simpanan atau akaun semasa juga boleh dibuat oleh pelanggan-pelanggan Hong Leong Bank, Bank Islam, RHB Bank, CIMB Bank, Bank Rakyat, Eon Bank, Al-Rajhi Bank dan Affin Bank seperti yang disenaraikan oleh PMB melalui portal Portal PosOnline di http://www.posonline.com.my
    • Bayaran secara debit terus secara online juga boleh dibuat dengan melayari Laman Web MyGovXchange (http://www.malaysia.gov.my) pada pautan myBayar.

    2. Arahan kepada bank (Standing Instruction).

    1. Peminjam perlu memaklumkan kepada bank masing-masing yang menyediakan kemudahan tersebut. Bayaran hendaklah ditujukan atas nama Ketua Pengarah Perkidmatan Awam Malaysia.

    3. Bank Draf/Kiriman Wang/Cek.

    1. Bayaran hendaklah dibuat atas nama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia. Sila catatkan nama dan nombor rujukan JPA iaitu no. Kad Pengenalan (baru dan lama) di belakang Bank Draf/Kiriman/Wang Cek tersebut.

    4. Potongan gaji.

    • JPA akan mengeluarkan surat arahan potongan gaji kepada majikan peminjam. Peminjam perlu mengisi borang JPA(L) PP1 pin.1/98 yang boleh didapati dari Laman Web JPA dan menghantar borang tersebut ke JPA di alamat unit yang tertera di bawah.
    • Sekiranya terdapat perubahan alamat majikan, peminjam boleh terus menghubungi pegawai yang telah disenaraikan di dalam senarai pegawai yang boleh dihubungi seperti tertera di bawah.

    5. Bayaran Di Kaunter Pejabat Pos.

    Bayaran secara tunai boleh dibuat di semua Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara dengan menggunakan bil tuntutan bulanan. Bil tuntutan bulanan akan dikeluarkan pada setiap bulan kepada peminjam yang membuat bayaran ansuran secara tetap dan teratur dan caj perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM 2.00 bagi setiap urusniaga. Setiap peminjam yang menerima notis tuntutan, akan menerima bil tuntutan dalam tempoh 2 bulan dari Tarikh Mula Bayar.

    6. Tunai

    1. Bayaran secara tunai boleh dibuat di:-

      • Kaunter Bayaran Balik Pinjaman dan Gantirugi, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Aras 4, Blok C1, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya. No. Telefon 03-88853447; dan
      • Kaunter Bayaran Balik Pinjaman Dan Gantirugi, Suite 5.4, Level 5, Maju Junction Mall,1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur. No Telefon: 03-26917590/03-26934120.
  • 2. Alamat Unit Pengurusan Bayaran Balik Pinjaman JPA

    KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
    JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
    BAHAGIAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN
    UNIT PENGURUSAN BAYARAN BALIK
    ARAS 4, BLOK C1, KOMPLEKS C
    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
    62510, PUTRAJAYA.

  • Kriteria Bayaran Balik Pinjaman
  • 1. Apakah Kriteria Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Tajaan JPA ?

    1. Semua pelajar tajaan JPA yang menerima tajaan dalam bentuk pinjaman adalah dikehendaki membayar balik pinjaman mereka kepada kerajaan. Wang bayaran balik ini akan digunakan semula untuk menaja pelajar-pelajar yang baru. Pelajar di peringkat Ijazah Pertama (Kepujian) yang menerima Pinjaman Boleh Ubah boleh memohon untuk mendapatkan diskaun sebanyak 75% dari jumlah sebenar pinjaman yang diluluskan sekiranya memenuhi isyarat seperti berikut:-

    • Mendapat keputusan peperiksaan dengan baik sekurang-kurangnya ditahap Kelas Kedua Rendah atau CGPA 2.75 DAN
    • Menamatkan pengajian dengan jayanya dalam tempoh tajaan asal tanpa sebarang perlanjutan.

    2. Manakala bagi pelajar yang menerima pinjaman biasa dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah diluluskan/diterima.

    3. Bagi pelajar-pelajar yang ditaja di peringkat Integrasi/Diploma, mereka dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang diterima tanpa sebarang pengurangan.

    4. Semua pelajar diminta mengambil perhatian bahawa tiada sebarang peruntukan yang membolehkan status Pinjaman diubah kepada Biasiswa walaupun pelajar berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang.

    5. Bagi pelajar-pelajar yang ditaja melalui Pinjaman Boleh Ubah, yang tidak mencapai keputusan seperti yang dinyatakan di para 2 di atas atau gagal menamatkan pengajian atau ditamatkan penajaan sebelum menamatkan pengajian diperlukan membayar balik keseluruhan pinjaman yang diterima/diluluskan tanpa sebarang pengurangan.

    6. Tempoh dan kadar ansuran bulanan akan ditentukan oleh JPA. Kelonggaran boleh diberi :-

    • Untuk dikurangkan kadar bayaran ansuran pada kadar yang munasabah yang dipersetujui oleh JPA.
    • Untuk ditangguhkan bayaran bagi sesuatu tempoh tertentu jika mempunyai alasan yang munasabah dengan disertakan bukti kukuh dan dipersetujui oleh JPA.
  • 2. Rujukan:

    Sebarang Pertanyaan boleh hubungi Pegawai Berkenaan:

    Bil Nama Pegawai Alamat Emel No.Telefon
    1 Rusna Binti Yahya rusna.yahya@jpa.gov.my 03-88853451
  • Tindakan Yang Perlu Diambil Peminjam
  • 1. Apakah Tindakan Yang Perlu Diambil Oleh Peminjam ?

    1. Peminjam dikehendaki membayar balik pinjaman selepas 6 bulan menamatkan pengajian atau mendapat pekerjaan tetap mengikut mana yang terdahulu. Notis tuntutan akan dikemukakan kepada peminjam bagi maksud ini. Peminjam dinasihatkan menghubungi JPA dengan segera sekiranya tidak menerima notis bayaran balik selepas tempoh 6 bulan tamat pengajian.

    2. Peminjam di bawah Pinjaman Boleh Ubah khususnya di peringkat Ijazah Pertama (Kepujian), diminta mengemukakan salinan keputusan peperiksaan/transkrip yang rasmi berserta salinan Ijazah yang disahkan dengan kadar segera bagi tujuan pertimbangan pengurangan bayaran balik pinjaman. Sekiranya gagal mengemukakan perkara ini, tuntutan bayaran balik 100% akan dilaksanakan.

    3. Peminjam bertanggungjawab memaklumkan kepada JPA jika terdapat sebarang perubahan alamat termasuk alamat penjamin-penjaminnya berserta dengan nombor telefon (rumah dan pejabat) serta e-mail (jika ada) untuk memudahkan perhubungan apabila diperlukan.

    4. Bagi tujuan memudahkan Jabatan ini memantau berhubung cara bayaran balik yang akan dibuat, peminjam dikehendaki mengisi borang JPA(L)PP1 - Pindaan 1/98 (akan dihantar oleh JPA bersama-sama notis tuntutan) dan mengembalikannya dengan segera. (Sila klik di sini untuk mendapatkan borang JPA(L) PP1 - Pindaan 1/98)

  • 2. Rujukan:

    Sebarang Pertanyaan boleh hubungi Pegawai Berkenaan:

    Bil Nama Pegawai Alamat Emel No.Telefon
    1 Rusna Binti Yahya rusna.yahya@jpa.gov.my 03-88853451
  • Alamat Pejabat Penasihat Latihan (PPL)
  • 1. Alamat Pejabat Penasihat Latihan

    BIL NEGARA
    ALAMAT PEJABAT
    1

    Wellington, New Zealand

    Malaysian High Comission,
    (Public Service Deparment),
    10, Washington Avenue Brooklyn,
    P.O. Box 9422 Wellington,
    New Zealand
    2

    Washington D.C., Amerika Syarikat

    Embassy Of Malaysia ,
    (Public Service Department),
    3516 International Court, N.W.,
    Washington, D.C. 20008,
    United State Of America
    3

    Moscow, Rusia

    Embassy Of Malaysia ,
    (Public Service Department),
    Mosfilmovskaya Ulitsa 50,
    117192 Moscow,
    Russian Federation
    4

    Tokyo, Jepun

    Embassy Of Malaysia In Japan ,
    (Public Service Department),
    20-16, Nanpeidai - Cho,
    Shibuya-Ku,
    Tokyo 150 0036
    5

    Sydney, Australia

    Consulate Of Malaysia ,
    Public Service Department,
    67, Victoria Road,
    Bellevue Hill ,
    NSW 2023 ,
    AUSTRALIA
    6

    Frankfurt, Jerman

    Consulate General Of Malaysia ,
    (Public Service Department),
    Level 18, Kastor ,
    Platz Der Einheit 1 ,
    60327 Frankfurt Am Main,
    Federal Republic Of Germany
    7

    Seoul, Korea Selatan

    Embassy of Malaysia,
    (Public Service Department),
    4-1 Hannam-dong ,
    Yongsan-ku,
    Seoul 140-884,
    Korea
    8

    London, United Kingdom

    High Commission Of Malaysia,
    Public Service Department (UK Office),
    30-34 Queensborough Terrace,
    London W2 3st
    9

    Paris, Perancis

    Embassy Of Malaysia,
    (Public Service Department),
    2, Bis Rue Benouvllie ,
    75116 Paris,
    Perancis
    10

    Prague, Republik Czech

    Embassy Of Malaysia ,
    (Public Service Department),
    Na Zatorce 675/30, Bubenec,
    160 00 Praha 6, Prague,
    Czech Republic
    11

    Kaherah, Mesir

    Embassy Of Malaysia ,
    (Public Service Department),
    21, El Aanab Street,
    Mohandessine, Giza,
    Cairo
    12

    Amman, Jordan

    Embassy Of Malaysia ,
    (Public Service Department),
    Lot 701 Tayseer Na'na'ah ,
    St. Off Umawiyyeen Street, Abdoun,
    P.O Box 5351 Amman,
    11183 Jordan
    13

    Chennai, India

    Consulate General Of Malaysia ,
    (Public Service Department),
    New No. 7 (Old No. 3), 1st Street,
    Cenotaph Road Tynempet, Chennai,
    600018 Tamil Nadu INDIA

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  spa  jpm  Puspanita JPA