Selasa, 17 Oktober 2017
 
   
 
+
 
-
 
:
     
Carian:
  • Laman Utama
  • Transformasi
  • Inisiatif Transformasi
  • Persada Transformasi

Persada Transformasi Perkhidmatan Awam Siri 1/2016

    Persada Transformasi Siri 1/2016 telah diadakan pada 15 Mac 2016, bertempat di Lobi C1, Blok C1, Kompleks C, JPA. Program yang diadakan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan JPA Bulan Mac 2016 ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan perkongsian amalan terbaik serta menonjolkan keberhasilan strategik transformasi perkhidmatan awam. Selain itu, program yang diadakan secara berkala (setiap bulan) ini diharapkan dapat menguar-uarkan pelaksanaan inisiatif transformasi perkhidmatan awam 2016 yang berimpak tinggi dikalangan warga JPA.

Baca Lagi

Cetak

Persada Transformasi Perkhidmatan Awam

Pada 17 Jun 2015 yang lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menganjurkan program Persada Transformasi Perkhidmatan Awam dengan tema "Menjunjung Amanah, Melestari Transformasi" di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Program yang diadakan bersekali dengan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam KeEmpat Belas (MAPPAXIV) 2015 ini bertujuan untuk mengetengah dan mempromosikan produk dan perkhidmatan dibawah 64 inisiatif transformasi berimpak tinggi yang dilaksanakan di semua kementerian/agensi serta menggalakkan perkongsian amalan terbaik dalam menjayakan Transformasi Perkhidmatan Awam. Inisiatif transformasi berimpak tinggi bermaksud usaha-usaha transformasi yang bersifat praktikal dan realistik serta mempunyai elemen lonjakan berganda yang dapat memberikan manfaat yang besar khususya kepada kumpulan sasar.

Baca Lagi

Cetak

Persada Transformasi Siri 3 : Patriotisme

Persada Transformasi Siri 3 telah diadakan bermula pada 13 hingga 17 Oktober 2014, bertempat di Lobi C2, Kompleks C. Program ini yang sebelumnya dikenali sebagai Transformation Showcase bertemakan Patriotisme yang membawa konsep 1Malaysia dan Bulan Bahasa Kebangsaan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan Program Transformasi JPA, di mana penekanan diberikan kepada pencapaian KPI dan outcome Inisiatif Transformasi JPA (TI-100).

Baca lagi

Cetak

Program Transformation Showcase Siri 2 : Ramah Tamah Transformasi

21 Julai 2014 (Isnin) - Bahagian Transformasi Sektor Awam (BTSA) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekali lagi telah menganjurkan Program Transformation Showcase: Ramah Tamah Transformasi bertempat di ruang lobi Kompleks C2, JPA. Program siri kedua ini diadakan rentetan daripada kejayaan Program Transformation Showcase: Kick Off yang berlangsung pada 25 Jun 2014 yang lalu.

Baca lagi

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  spa  jpm  Puspanita JPA