Rabu, 18 Julai 2018
 
   
 
+
 
-
 
:
     
Carian:

Piagam Pelanggan

 

Pencapaian Piagam Pelanggan JPA Tahun 2018

Pencapaian Piagam Pelanggan JPA Tahun 2017

Pencapaian Piagam Pelanggan JPA Tahun 2016


Kami berjanji :

  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling individu kepada anggota perkhidmatan awam persekutuan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan tertakluk kepada persetujuan klien.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 95% inisiatif Transformasi Perkhidmatan Awam (TPA) dikemaskini pada setiap bulan.
  • Melaksanakan penawaran penajaan dalam tempoh 14 hari selepas kelulusan Pengurusan.
  • Memberi konsultansi penyusunan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan dalam masa empat (4) minggu dari tarikh permohonan diterima.
  • Memastikan urusan hal ehwal perkhidmatan - pelantikan secara kontrak, pertukaran sementara, peminjaman dan pertukaran tetap, perakuan kenaikan pangkat/ tatatertib (penentuan Pengerusi) diselesaikan dalam tempoh satu (1) bulan dan urusan pemangkuan bagi pegawai-pegawai Gunasama dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pemakluman/ iklan dikeluarkan.
  • Menguruskan sesi libat urus di peringkat kebangsaan melalui Mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) dan bersama Kepimpinan Persatuan/ Kesatuan Sekerja Sektor Awam 1 kali setahun.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 80% kursus/latihan yang dilaksanakan di INTAN memberi impak positif kepada peserta berasaskan skor purata penilaian 5.5 pada skala 1-7 daripada penilaian mereka di ITIMS.
  • Memastikan tahap ketersediaan aplikasi maklumat sumber manusia, tahap ketepatan data penjawat awam sekurang-kurangnya 95% dan tahap ketersediaan capaian portal JPA sekurang-kurangnya 97%.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 95% daripada keseluruhan tuntutan dan bayaran bil dibayar dalam tempoh 7 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima.
  • Memastikan fail permohonan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) yang lengkap diproses dan didluluskan dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan tertakluk kepada telah genap tempoh selama tidak kurang daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh diambil kira.
  • Semua aduan yang diterima diberi Akuan Penerimaan dalam masa 1 hari bekerja dan dikemukakan maklum balas dalam masa 7 hari bekerja.



 

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  spa  jpm  Puspanita JPA