Selasa, 17 Oktober 2017
 
   
 
+
 
-
 
:
     
Carian:

KTPA (Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam)


Gambar Rajah 1: Kerangka Transformasi Perkhidmatan Awam (KTPA)

 

KTPA dibangunkan berdasarkan prinsip dan landasan keutuhan tadbir urus, patriotisme yang tinggi, nilai-nilai murni, etika korporat dan integriti, ekosistem dan persekitaran perkhidmatan awam yang harmoni, terangkum, pelbagai serta kemajuan sains dan teknologi.  Ia di dokong oleh lima Teras Strategik (TS) seperti berikut:

  1. TS1 - Mendaya Upaya Bakat
    Teras 1 bertujuan untuk melahirkan penjawat awam dengan daya saing dan ilmu pengetahuan yang tinggi, kompetensi, bakat dan kemahiran dalam pelbagai bidang bagi meningkatkan prestasi, produktiviti dan daya inovasi;

  2. TS 2 - Merekayasa Organisasi
    Teras 2 menumpukan kepada peningkatan keupayaan dan penambahbaikan struktur organisasi melalui proses perekayasaan agar lebih dinamik, tangkas dan fleksibel serta berupaya berubah supaya dapat menyesuaikan diri untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik mengikut kehendak dan keperluan semasa;

  3. TS 3 – Merakyatkan Penyampaian Perkhidmatan
    Teras 3 menitikberatkan pemantapan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam yang berasaskan pelanggan dan rakyat (citizen-centric) agar cepat, tepat, berkualiti, proaktif dan responsif;

  4. TS 4 – Merangkum dan Sepunya
    Teras 4 memberi penekanan kepada usaha melebar luaskan jaringan kerja dan kolaborasi strategik dalam dan luar negara bagi mendapat pandangan dan maklum balas yang lebih inklusif dan terangkum; dan

  5. TS 5 – Membudaya Nilai
    Teras 5 mengutamakan pembudayaan patriotisme, nilai-nilai murni, etos dan integriti bagi melahirkan penjawat awam yang cintakan negara, berbudi pekerti dan beretika tinggi.

 

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  spa  jpm  Puspanita JPA