Isnin, 18 Disember 2017
 
   
 
+
 
-
 
:
     
Carian:

Profil Jabatan Perkhidmatan Awam

Perkhidmatan Awam berprestasi tinggi, berintegriti, dinamik dan berjiwa rakyat


Memacu dan Meneraju Pembangunan Sumber Manusia Perkhidmatan Awam


  • Merasionalisasi saiz Perkhidmatan Awam melalui perancangan sumber manusia yang sistematik dan berstruktur dengan menjalankan unjuran keperluan sumber manusia yang menyeluruh
  • Menyediakan Perkhidmatan Awam dengan skim perkhidmatan dan struktur organisasi yang relevan, anjal serta memenuhi keperluan semasa bagi membolehkan organisasi melaksanakan fungsi penubuhannya
  • Melahir dan membangun modal insan terbaik serta kompeten untuk memenuhi keperluan strategik Perkhidmatan Awam dan negara melalui dasar latihan dan program penajaan yang dinamik
  • Menguruskan penjawat awam dan membangunkan dasar pengurusan sumber manusia melalui penggubalan dan pelaksanaan dasar perkhidmatan yang strategik dan berkesan
  • Menggubal dasar dan garis panduan berkaitan perkhidmatan psikologi mengikut keperluan semasa bagi memantapkan pembangunan sumber manusia di dalam perkhidmatan awam
  • Mengutamakan kebajikan pesara dan penerima pencen melalui penambahbaikan dasar-dasar pasca perkhidmatan
  • Memperkenal pakej saraan terbaik dan menyeluruh kepada penjawat awam serta menjalin hubungan harmoni majikan-pekerja
  • Memantapkan penggunaan teknologi dalam pengurusan sumber manusia ke arah meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan

  • Bertindak Sebagai Satu Pasukan
  • Kecemerlangan dan Keunggulan
  • Profesionalisme
  • Berhemah dan Berwibawa
  • Berilmu Melalui Pembelajaran Berterusan

  • Perancangan
    • Menentukan peranan sektor awam;
    • Menentukan saiz dan struktur organisasi agensi awam;
    • Menentukan keperluan dan pembangunan sumber manusia;
    • Menentukan saraan dan faedah-faedah persaraan;
    • Menentukan implikasi penswastaan/pengasingan ke atas sumber manusia sektor awam; dan
    • Membangunkan strategic alliances and networking.
  • Pembangunan
    • Menentukan Dasar Pembangunan Organisasi;
    • Menentukan Dasar Pembangunan Kerjaya;
    • Pembangunan Laluan Kerjaya;
    • Membangunkan Pelan Perancangan Penggantian; dan
    • Menentukan Dasar Latihan.
  • Pengurusan
    • Menguruskan pengambilan, penempatan, saraan, kenaikan pangkat, faedah persaraan, syarat-syarat perkhidmatan, perhubungan pekerja-majikan, latihan dan latihan sumber manusia;
    • Menggubal dan memperjelaskan dasar bagi perkara-perkara yang dinyatakan di atas kepada agensi-agensi pelaksanaan;
    • Menguruskan pemantauan dasar; dan
    • Menguruskan penilaian dasar.

  • JPA komited kepada pengurusan dan pembangunan sumber manusia yang berprestasi tinggi, dinamik, berkesan, cekap dan adil bagi mewujudkan sektor awam yang cemerlang dan berpaksikan rakyat.

"PENERAJU TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM"



 

Cetak

icopejpm  icomsc  hrmis  intan  esila  esila  pencen  spa  jpm  Puspanita JPA